is bluehost good

FAQ

 

PERKHIDMATAN

1. Di manakah saya boleh dapatkan rawatan selepas pukul 10 malam?
    Di mana-mana klinik 1 Malaysia, klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan. Bagi kes-kes kecemasan di dalam kampus, Pusat Kesihatan ada  menyediakan khidmat ambulans `oncall' di talian 06-270 1750.

2. Apakah dokumen yang perlu saya bawa ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTeM untuk mendapatkan rawatan?
    Semua pesakit perlu membawa kad matriks/kad staf/IC (bagi tanggungan staf) ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

3. Bolehkah saya mendapatkan rawatan di PKU jika saya bukan pelajar UTeM?
    Tidak, kecuali kes-kes kecemasan, ATAU pelajar berada di UTeM atas sebab-sebab berikut:
     a) Program Sukan Universiti
     b) Program Pertukaran Pelajar (Exchange Students Program)
     c) Program rasmi anjuran UTeM

 

4. Bolehkah saya terus mendapatkan ubat di PKU tanpa berjumpa Doktor/Penolong Pegawai Perubatan?
    Tidak. Semua pesakit perlu mendaftar di kaunter pendaftaran dan berjumpa doktor sebelum mendapatkan rawatan / ubat.

5. Apakah contoh rawatan pergigian yang disediakan di PKU?
    Sila rujuk perkhidmatan Unit Pergigian.

6. Adakah suntikan imunisasi disediakan di PKU?
    Buat masa ini, hanya suntikan imunisasi ATT (Anti-Tetanus Toxoid) disediakan untuk kes kecederaan dan ibu mengandung sahaja.

7. Bolehkah saya menjalani ujian gula dan kolesterol secara rutin di PKU?
    Boleh, tetapi hanya atas arahan doktor yang merawat pada ketika itu.

8. Adakah pemeriksaan saringan kesihatan disediakan di PKU

   Ya, disediakan secara percuma

9. Apakah jenis saringan kesihatan yang di buat?

  • Ujian Fungsi Hati
  • HbA1C
  • Ujian Saringan Kencin manis
  • Pemeriksaan Kadar Kolesterol
  • Ujian Fungsi Buah Pinggang
  • Ujian UFEME

 

10. Adakah pesara UTeM boleh mendapati rawatan di PKU?

   Ya.

11. Adakah pelajar yang telah tamat pengajian dibenarkan untuk mendapat rawatan di PKU?

   Tidak.

12.Adakah perkhidmatan ambulans disediakan untuk kes selain kecemasan?

   Tidak.

URUSAN

 

1. Bolehkah saya dapatkan sijil cuti sakit semalam/kelmarin?
    Tidak.

2. Bilakah permohonan standby perubatan perlu diminta / dibuat sebelum sesuatu program ingin dianjurkan?
    Surat permohonan perlu diajukan kepada Ketua Pusat Kesihatan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum sesuatu program. Pusat Kesihatan berhak menolak sebarang permohonan   yang lewat dan bertindih dengan program lain.

 

3. Perlukah saya membawa GL (guarantee letter) ketika mendapatkan rawatan di hospital kerajaan?
    Ya, supaya pelajar boleh mendapat rawatan secara percuma di hospital kerajaan.

4. Bolehkah saya membuat tuntutan sekiranya saya telah menjelaskan bayaran bil hospital?
    Ya. Pelajar boleh membuat tuntutan pembayaran bil hospital dengan membawa resit pembayaran yang asal. Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat-turun di  e-permohonan.

AKTIVITI TERKINI

Tiada Peristiwa
Last month Desember 2023 Next month
A I S R K J S
week 48 1 2
week 49 3 4 5 6 7 8 9
week 50 10 11 12 13 14 15 16
week 51 17 18 19 20 21 22 23
week 52 24 25 26 27 28 29 30
week 1 31