Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

TEMUJANJI PERGIGIAN DI PUSAT KESIHATAN UTeM SECARA ATAS TALIAN

Satu inisiatif dari Unit Pergigian, Pusat Kesihatan UTeM dengan kerjasama En. Wan Zailimi Bin W. Abdullah, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) telah mewujudkan sistem tempahan temujanji atas talian:        

“E-TEMUJANJI PERGIGIAN PKU”.

Kelebihan Sistem Temujanji Atas Talian

i.              Kemudahan 24 jam: memudahkan pelanggan untuk mendapatkan akses kepada sistem.

ii.             Menjimatkan masa: pelanggan tidak perlu menunggu lama di Pusat Kesihatan UTeM.

iii.            Kepuasan pelanggan: pelanggan boleh memilih slot waktu yang bersesuaian (bergantung kepada kekosongan).

Perkhidmatan pergigian di Pusat Kesihatan UTeM adalah untuk:

  1. Pelajar UTeM
  2. Staf UTeM
  3. Keluarga Staf UTeM (dibuka hanya pada cuti semester sahaja)

Rawatan pergigian  yang disediakan di Pusat Kesihatan UTeM adalah seperti berikut:

  • Pemeriksaan mulut dan gigi
  • Pengskaleran dan penggilapan
  • Cabutan gigi
  • Tampalan

Jenis Perkhidmatan

i.              Perkhidmatan sistem Online Appointment ini adalah untuk kes-kes walk-in sahaja.

ii.             Bagi kes-kes kecemasan, hendaklah segera mendapatkan rawatan tanpa menempah slot temujanji.

                Kes-kes kecemasan pergigian adalah seperti berikut:

  • Sakit gigi kuat dengan skor kesakitan 7-10
  • Bengkak akibat sakit gigi disusuli simptom sistemik yang lain
  • Penghasilan nanah akibat bengkak
  • Kecederaan mulut dan gigi akibat trauma
  • Pesakit dengan sistem imun yang rendah dengan kesakitan gigi melampau

Tarikh pelaksanaan

Bermula 1 Januari 2022

Tempahan Slot Temujanji

i.     Pelanggan yang ingin menempah slot akan menggunakan sistem seperti di pautan yang disediakan.

ii.    Pelanggan dibenarkan memilih mana-mana slot temujanji, seawal 3 hari dari tarikh tempahan dibuat (bergantung kepada kekosongan).

iii.   Seterusnya pelanggan akan menerima e-mail samada temujanji diterima atau ditolak.

iv.   Satu slot temujanji adalah terhad untuk satu pesakit sahaja. Bagi pelanggan yang ingin membatalkan slot temujanji yang sudah ditempah, boleh hubungi kaunter PKU di talian 06-2701430.

v.    Pelanggan perlu hadir ke klinik tepat pada masa temujanji yang telah dibuat bersama bukti tempahan (email).

vi.   Pelanggan yang hadir ke Pusat Kesihatan UTeM masih perlu melalui saringan (triage) gejala COVID-19 di kaunter hadapan. Sekiranya pelanggan mempunyai gejala berkaitan dan tidak melepasi         saringan, tempahan slot temujanji terbatal dan perlu membuat temujanji yang baru.

vii.  Pelanggan yang tidak mengikuti waktu temujanji tidak akan diterima dan perlu menempah slot yang baru.

Untuk membuat tempahan temujanji pergigian, sila imbas QR code atau klik pautan dibawah:

https://form.jotform.com/dentalpkuutem/e-appointment

pergigian 01

https://form.jotform.com/dentalpkuutem/e-appointment

e-Appointment Dental PKU UTeM

Please click the link to complete this form.

form.jotform.com

 

Sekian, terima kasih.

Unit Pergigian

Pusat Kesihatan UTeM

*Pihak kami ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan pada sistem ini, memandangkan ia dibangunkan menggunakan sistem sedia ada, tanpa melibatkan sebarang kos. Kami akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik sistem dari masa ke masa.

AKTIVITI TERKINI

20 Mac 2024
05:30PM - 10:00PM
PROGRAM DERMA DARAH RAMADAN 2024
26 Mac 2024
05:30PM - 10:00PM
PROGRAM DERMA DARAH RAMADAN 2024
27 Mac 2024
10:00AM - 12:00PM
Talkshow@PLH bertajuk “Strok : Rawat Tepat, Pulih Cepat!”
Last month Mac 2024 Next month
A I S R K J S
week 9 1 2
week 10 3 4 5 6 7 8 9
week 11 10 11 12 13 14 15 16
week 12 17 18 19 20 21 22 23
week 13 24 25 26 27 28 29 30
week 14 31