Klinik Pelajar UTeM telah ditubuh dan dilancarkan pada 9hb Jun 2004, bertujuan untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada para pelajar, bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa berada di tahap yang optimum. Pada tahun 2011, perkhidmatan Klinik Pelajar telah diperluaskan untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada kakitangan UTeM.
Pada 16 Oktober 2014, klinik pelajar telah diberi penjenamaan semula kepada PUSAT KESIHATAN. Bermula pada hujung tahun 2015, Pusat Kesihatan dikendalikan oleh empat orang Pegawai Perubatan, seorang Pegawai Pergigian dan beberapa paramedik profesional yang terlatih. Ini adalah untuk memastikan perkhidmatan perubatan yang diberikan adalah terbaik dan selamat, agar seluruh warga UTeM dapat memberi tumpuan penuh kepada aktiviti pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan. Fasiliti perubatan yang disediakan sentiasa dalam proses penambahbaikan supaya setaraf dengan Universiti Awam lain di Malaysia yang telah lama beroperasi.