Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam Laman Web Pusat Kesihatan UTeM. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Laman Web Pusat Kesihatan UTeM berjaya dibangunkan dan dipertingkatkan pengisiannya dari semasa ke semasa. Syabas dan tahniah diucapkan atas daya usaha semua pihak yang terlibat dalam membangunkan laman web ini sejajar dengan perubahan dan perkembangan terkini serta menjadi lebih interaktif dan berinformasi. Saya amat berharap laman web ini dapat menjadi wadah utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan fakta yang tepat, ilmu serta maklumat berkaitan kesihatan selain turut memaparkan pelbagai fungsi dan aktiviti Pusat Kesihatan Universiti. Semoga dengan informasi kesihatan yang mudah diakses ini dapat memberi maklumat yang tepat mengenai kesihatan dan menggalakkan warga UTeM mempraktikkan amalan gaya hidup sihat agar kekal sihat sepanjang masa. Lapan elemen yang harus diterapkan adalah amalan pemakanan sihat, amalan tidak merokok, hidup yang aktif, pengurusan berat badan, saringan kesihatan, minda sihat , persekitaran tempat kerja yang sihat serta cegah kemudaratan alkohol. Elakkan dari terjebak dengan dadah atau pergaulan seks bebas yang boleh membawa implikasi negatif serta meningkatkan kadar kes HIV/AIDS
Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi melayari Laman Web Pusat Kesihatan UTeM. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.
Sekian.
DR MOHAMAD FUZI BIN SAIDIN
PENGARAH PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
kemaskini pada jan 2023