Skip to main content

06-2292308

1. Homepages

publication

UTeM, HSAAS dan JAKOA Berganding Bahu Memperkasa Komuniti Orang Asli Melalui Program Komuniti Sihat

ALOR GAJAH, MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Pusat Kesihatan Universiti (PKU), dengan kerjasama Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Komuniti Sihat bertemakan “Bersama Membangun Komuniti Sihat, Sejahtera dan Berdaya Maju” di Kampung Orang Asli Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka, pada 11 hingga 13 September 2026. Perasmian telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Yang Berbahagia Profesor Madya Datuk Dr. Sabri bin Mohamad Sharif dengan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Urusan Klinikal (Surgeri) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Yang Berusaha Dr. Azlan Bin Sulaiman, wakil JAKOA, Encik Maslizam bin Md Ali, Pengerusi JPKKOA Bukit Payung, Puan Hazelina bin Ismail dan Tok Batin, Nur Isjemei Bin Ismail.

Program berteraskan inisiatif KPT Prihatin ini bertujuan memperkasakan komuniti melalui perkongsian ilmu, pendidikan kesihatan dan aktiviti kemasyarakatan yang inklusif. Pelbagai aktiviti telah dirancang, termasuk pemeriksaan saringan kesihatan, konsultasi berkaitan kesihatan mental, ceramah kesihatan serta demonstrasi Basic Life Support (BLS) dan penjagaan kebersihan diri.

Menariknya, program ini turut mengetengahkan pendekatan pembelajaran secara interaktif melalui aktiviti “Badang Sasa” dan “Mr. Gravity” yang memberi pendedahan mengenai teknik mengangkat barang dengan betul serta kepentingan postur badan. Komuniti juga berpeluang meneroka inovasi kelestarian melalui demonstrasi penghasilan baja kompos daripada sisa makanan, di samping menyertai aktiviti sukaneka dan program kemasyarakatan.

Penglibatan staf PKU UTeM, pelajar serta rakan kerjasama mencerminkan komitmen universiti dalam menyebarluaskan kepakaran dan ilmu kepada masyarakat. Inisiatif latihan Training of Trainers (ToT) turut memberi penekanan kepada pembentukan duta kesihatan komuniti bagi memastikan ilmu dan kemahiran yang dikongsi dapat diteruskan secara mampan.

Program ini telah mendapat sambutan penduduk kampung. Berdasarkan rekod daftar kehadiran seramai 394 orang bangsa Bumiputera, 4 orang bangsa Cina, seorang bangsa India dan 24 orang bangsa lain-lain daripada pelbagai lapisan usia telah sama-sama mengikuti aktiviti selama tempoh dianjurkan. 

Menerusi penganjuran program ini ianya bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi, institusi kesihatan dan agensi kerajaan, malah mencerminkan tanggungjawab sosial UTeM dalam memperluas akses kepada pendidikan kesihatan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti.

Secara keseluruhannya UTeM terus memperkukuh peranannya sebagai universiti yang prihatin, inklusif dan komited dalam membangunkan masyarakat yang lebih sihat, berpengetahuan serta berdaya maju selain menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG).

  • Hits: 11

Gallery 2025

Registrar's Office Health Screening Program

  • 01

  • 02

  • 03

  • 04

  • 05

  • 06

  • 07

Health Screening Program Office of the Deputy Vice-Chancellor for Student and Alumni Affairs

  • 01

  • 02

  • 03

  • 04

  • 05

  • 07

Read more …Gallery 2025

  • Hits: 139

Gallery 2026

Cancer Forum is not a Punishment in Conjunction with World Cancer Day

  • 02

  • 03

  • 04

  • 01

Dengue Free Campus

  • 01

  • 02

  • 03

  • 04

  • 05

  • 06

  • 07

Festival FTKEK de’intelect

  • festival ftkek de’intelect 01

  • festival ftkek de’intelect 02

  • festival ftkek de’intelect 03

  • festival ftkek de’intelect 04

  • festival ftkek de’intelect 05

  • festival ftkek de’intelect 06

Kursus Basic Life Support (BLS)

  • BLS 2026 01

  • BLS 2026 02

  • BLS 2026 03

  • BLS 2026 04

  • BLS 2026 05

  • BLS 2026 06

  • BLS 2026 07

  • BLS 2026 08

  • BLS 2026 09

  • BLS 2026 10

  • BLS 2026 11

  • BLS 2026 12

  • BLS 2026 13

  • BLS 2026 14

  • BLS 2026 15

  • BLS 2026 16

  • BLS 2026 17

  • BLS 2026 18

  • BLS 2026 19

  • BLS 2026 20

  • BLS 2026 21

  • BLS 2026 22

  • BLS 2026 23

Read more …Gallery 2026

  • Hits: 230

Campus Technology Team

Campus Technology

Head

Dr. Noor Raffidah Binti Haron

Medical Officer (UD14)

Emergency

  • Ahmad Robbani Bin Sulaiman

    Assistant Medical Officer (U5)

  • Suhaila Binti Saad

    Nurse (U5)

Pharmacy

Nadhirah Binti Sarpin

Assistant Farmacy (U6)

Out-Patient

  • Etty Marina Binti Muhamad Noor

    Nurse (U6)

  • Mohd Feroz Bin Jamaludin

    Healthcare Assistant (U1)

Read more …Campus Technology Team

  • Hits: 260

newspaper

  • Thumb Kursus Rakan Klinik 1

  • Thumb Medical Cekup

  • Thumb Xray Bergerak

  • UTeM, HSAAS dan JAKOA Berganding Bahu Memperkasa Komuniti Orang Asli Melalui Program Komuniti Sihat

    Read more

Read more …newspaper

  • Hits: 1721

CONTACT US

  • 06-2292308

Pusat Kesihatan UTeM

  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
    Jalan Hang Tuah Jaya,
    76100 Durian Tunggal,
    Melaka.

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Copyright © 2023 Universiti Teknikal Malaysia Melaka. All rights reserved.